Carian
Tutup kotak carian ini.
Profesor Dato' Dr Mohd Azmi Omar
Jawatankuasa Syariah Kumpulan Etiqa Takaful
Azmi

Profesor Dato' Dr Mohd Azmi Omar merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) University sejak Oktober 2017. Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di Institut Penyelidikan dan Latihan Islam, Kumpulan Bank Pembangunan Islam, Jeddah, Kerajaan Arab Saudi, menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik ke jawatan itu. Beliau berpengalaman luas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk Timbalan Rektor (Akademik &Penyelidikan), Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), dan Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Kini, beliau merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 1Julai 2020. Beliau kini merupakan Presiden Majlis Antarabangsa Pendidik Kewangan Islam (ICIFE) bagi sesi 2023/2025.

Dato' Dr Azmi memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat. Selepas itu, beliau menamatkan PhD dalam bidang Kewangan dari Universiti Bangor, Wales, United Kingdom. Beliau juga berkhidmat sebagai Pakar Kewangan Islam kepada Autoriti Monetari Brunei Darussalam.

 

Kemas kini terakhir pada 05 April 2023